Shipping policy

Polisi Penghantaran

Terima kasih kerana membeli produk daripada IYZIQ.

Kawasan Penghantaran

Kami menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tempoh Pemprosesan Pesanan

Pesanan biasanya akan diproses dalam tempoh 1–3 hari bekerja selepas pembayaran berjaya diterima.

Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Anggaran Tempoh Penghantaran

Anggaran tempoh penghantaran adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia: 2–5 hari bekerja
Sabah & Sarawak: 3–7 hari bekerja

Tempoh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada lokasi, keadaan kurier, musim promosi, cuti umum atau faktor luar kawalan IYZIQ.

Caj Penghantaran

Caj penghantaran akan dipaparkan semasa proses checkout sebelum pembayaran dibuat.

Sekiranya terdapat promosi penghantaran percuma, ia akan tertakluk kepada syarat promosi yang dinyatakan dari semasa ke semasa.

Maklumat Penghantaran

Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama, nombor telefon dan alamat penghantaran yang diberikan adalah tepat dan lengkap.

IYZIQ tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan penghantaran yang berpunca daripada maklumat alamat yang salah, tidak lengkap atau tidak dapat dihubungi oleh pihak kurier.

Status Penghantaran

Sekiranya nombor tracking disediakan, pelanggan boleh menggunakan nombor tersebut untuk menyemak status penghantaran melalui laman web atau sistem kurier yang berkaitan.

Bungkusan Rosak atau Tidak Lengkap

Jika bungkusan diterima dalam keadaan rosak atau produk tidak lengkap, sila hubungi pasukan IYZIQ secepat mungkin bersama bukti gambar/video dan maklumat pesanan.

Kami akan menyemak kes tersebut dan membantu mengikut kesesuaian.